Ye warkah buat keluargaku, bukan warkah berlagu pilu.
Ke hadapan baba, ibu, dan adik-beradik serta bibik,
Di saat waktu berhenti, kosong.. ehh silap itu lirik lagu Too Phat, okay sambung di saat semua orang sedang concentrate menghadap laptop dan membaca blog ini, maka officially saya sudah sampai di kolej kampus bandaraya JB, cool en?
Okay perjalanan pulang ke JB menaiki kapal terbang amat menyeronokkan dan mudah, efisyen, konvinien dan memuaskan. Terima kasih kepada baba dan ibu selaku penaja tiket kapal terbang last minute akibat daripada tiket bas yang dah habis, terima kasih daun keladi, lain kali sponsor lagi! hehehe.
Dalam airplane sangat best, pramugari si cantik Orked dan Clarice (tahu nama sebab dia asyik perkenalkan diri) amat mesra alam dengan pelanggan. Baba suruh saya mintak kacang tapi saya dapat kek banana, tiptop service kan? air apple juga di berikan, lagi tip top. Captain kacak, okay tak confirm betul atau tidak kacak lagi macho sebab tak nampak pun mukanya, tapi nama macam handsome so assume kacak lah, okay sambung balik, Captain Kamarul dan Johan, (okay tahu nama jugak sebab mereka pun perkenalkan diri) memandu kapal terbang dengan baik sekali. I like! chopp tapi Ira batak woo sebab boleh nampak giant 13 from my seat, cool en??
Dah sampai di JB, saya ikut pesanan baba, jangan naik teksi ulat
bulu sebab pemandu dia mungkin gatal dan berbulu (yang bergaris tuh baba tak cakap sebenarnya, sorry!) Jadi naik teksi yang ada tiket dan harga perjalanan ke Larkin adalah RM50. Masa perjalanan adalah lebih kurang setengah jam tapi saya tidak tidur langsung (walaupun selalu dalam kereta kaki tidur) kerana bimbang pak cik itu salah jalan atau sebagainya, tapi pak cik Khalid Haron (pak cik ini juga perkenalkan diri masa saya naik teksi, sebab itu ingat juga nama nya) memandu amat baik sekali sehingga saya selamat sampai di kampus.
Okay semua pesanan dah ikut, tapi pesanan ibu suruh telefon kalau dah sampai saya tak ikut. Maaf ibu dan semua orang kot-kot korang risau ker, handphone saya di matikan semasa naik kapal terbang, kemudian bila dah sampai
rupa-rupanya handphone hilang okay baba mesti marah en, hahaha tipu jer, handphone gagal dihidupkan, maka saya cuba bersabar dan cari telefon awam, tapi tak tahan nak terkencing saya terus pergi tandas, keluar tandas sudah lupa nak call dan terus naik teksi.
Dalam teksi cuba on, masih tak boleh, bersabar lagi tapi kali ini dengan persepsi, mungkin bateri habis, jadi sesampai di kolej lari ke bilik, yer saya lari ke bilik tak tipu.. terus pasang charger dan charge handphone lalu terus kemas mengemas. Jam 6 tengok handphone dengan harapan yang tinggi supaya boleh on, okay masih tak boleh, hampa hampa hampa T_T kawan-kawan semua credit kong king kong, jadi tak dapat nak buat panggilan atau message. Soory, maka dengan ini saya umumkan handphone masih tak boleh on sehinga ke saat ini, hati hampa tapi malas nak fikirkan sebab masih penat akibat mengangkat beg seberat 10.7kg sambil berlari naik ke bilik tingkat 4 (korang tahu kan camana penatnya)
Itulah ringkasan perjalanan saya dan hari ini memang Allah menduga banyak betul, beg makanan yang ibu bawakan itu terputus pula talinya masa nak naik kapal terbang, sedih betul kan -_-" anyway ibu I'm fine now, I'll try to cantact you when I have already topupkan my friend's handphone. Kakak firefly service memang tiptop, tak ada gambar, sorry, tapi memang selesa. Baba, saya nak pergi hantar handphone repair ke apa ni? or saya harus pulang dan jumpa orang yang saya beli battery semalam? di saat tulis ni, baru terfikir dan rasa risau! lol :)
Sudah azan maghrib, nak settle myself up, I'll update more and send any of my friend's number through facebook. Ini saya tumpang online kawan punya laptop ;p take care, I already miss you all much back at home and my teddy bear -.- take care everyone!
P/S I LOVE YOU: I ♥ you all :(